Pembelian RON95 tidak dihadkan sekali sehari – MoF

KERAJAAN menegaskan bahawa tiada rancangan untuk menghadkan pembelian petrol RON95 kepada sekali sehari.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan hari ini berkata, laporan beberapa artikel media yang mendakwa kerajaan akan mengenakan had pembelian adalah tidak tepat.

“Walaupun sedang meneliti langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan subsidi RON95, BUDI95 dilaksanakan dengan hasrat untuk memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi.

“Had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

MOF berkata, kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap laporan media yang memetik Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, bahawa pengguna tidak dibenarkan membeli RON95 lebih daripada sekali dalam sehari.

Menurut MoF, perkara tersebut hanyalah antara mekanisme yang dipertimbangkan bagi mengawal penyalahgunaan BUDI95, namun kerajaan menegaskan ia tidak akan dilaksanakan.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak