Ugutan bom dalam pesawat, dua warga China diberkas polis

TAWAU – Padah menghantar emel ugutan berbaur jenayah dengan mendakwa terdapat bom dalam pesawat yang akan berlepas dari Tawau ke Kuala Lumpur, dua warganegara China diberkas polis, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tawau dan BSJD IPD Semporna, kedua-dua suspek berumur 28 dan 29 tahun itu ditahan di sebuah bilik hotel di Semporna kira-kira pukul 8 malam.

“Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada suspek mengaku menghantar mesej ugutan palsu berkenaan melalui aplikasi rasmi sebuah syarikat penerbangan dengan alasan mahu mendapatkan respons segera bagi menukar tempat duduk dalam penerbangan mereka ke Kuala Lumpur sebelum transit ke Beijing.

“Suspek mendakwa terbaca di sebuah portal di China bahawa kenyataan berbentuk ancaman boleh mempercepatkan maklum balas daripada syarikat penerbangan,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang digunakan untuk menghantar mesej ugutan tersebut.

Menurut Jasmin, emel ancaman itu telah dihantar ke ibu pejabat syarikat penerbangan tersebut di Kuala Lumpur pada 20 September lalu kira-kira pukul 11.30 malam sebelum disalurkan kepada pihak keselamatan syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Tawau.

“Kedua-dua suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak Konsulat China juga telah dimaklumkan mengenai penahanan ini,” jelasnya.

Tegas Jasmin, pihak polis memandang serius setiap ancaman keselamatan yang boleh menimbulkan panik kepada masyarakat termasuk melibatkan penerbangan awam.

“Pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan di Lapangan Terbang bagi memastikan keselamatan penumpang, kakitangan dan kelancaran operasi sentiasa terjamin.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan teknologi dengan menyebarkan kandungan palsu, jelik atau berbaur ancaman kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan