Subsidi petrol RM1.99: Rakyat lega, Pas gelabah

KERAJAAN MADANI sekali lagi membuktikan komitmen membela rakyat apabila harga petrol RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter.

Namun, seperti biasa, suara sumbang dari Ahli Parlimen Pas, Syahir Sulaiman cuba menutup kejayaan ini dengan putar belit politik.

Pas tidak mahu rakyat bersyukur

Syahir menulis kononnya rakyat menyambut ‘sederhana’ penurunan harga petrol. Hakikatnya, jutaan rakyat lega kerana dapat berjimat setiap kali mengisi minyak.

Pemandu teksi, penghantar makanan, pekerja kilang mereka tahu setiap sen itu amat berharga. Yang nampaknya tidak gembira hanyalah Pas, kerana mereka gusar melihat rakyat mula yakin kepada Kerajaan Pusat.

Hipokrasi Pas terbongkar

Syahir menuduh had penggunaan 300 liter tidak adil. Tapi Pas lupa, di negeri yang mereka tadbir, rakyat lebih terseksa dengan tarif air naik mendadak, cukai tanah meningkat, malah elaun ADUN dan gaji MB melambung tinggi.

Mengapa ketika itu Pas diam membisu? Hari ini mereka mahu mengajar Kerajaan Pusat tentang keadilan? Cakap tak serupa bikin.

Fitnah PADU dan BUDI95

Syahir cuba menggambarkan bahawa PADU gagal. Realitinya, PADU kekal relevan untuk perancangan sosial jangka panjang. BUDI95 pula mempercepat manfaat subsidi terus kepada rakyat tanpa kerenah birokrasi.

Rakyat tidak perlu isi borang berulang kali – hanya guna MyKad. Apa yang Syahir gelabah? Mungkin Pas takut kerana rekod pentadbiran mereka sendiri penuh ketirisan data, projek sakit, dan pembaziran.

Pas menakut-nakutkan rakyat kononnya data tidak selamat. Sedangkan MyKad sudah digunakan bertahun-tahun dalam pilihan raya dan urusan rasmi kerajaan.

Kalau Pas benar-benar prihatin tentang keselamatan data, mengapa mereka gagal jaga tanah rizab Melayu, gagal bendung ketirisan projek, malah gagal menjaga integriti pentadbiran negeri sendiri?

Pas main politik, PMX bawa solusi

Artikel Syahir hanyalah satu lagi bukti bahawa Pas lebih selesa menghasut daripada bekerja. Mereka gagal menyediakan penyelesaian di negeri yang mereka tadbir, tapi mahu jadi pakar ekonomi di peringkat nasional.

Sedangkan PMX berani mengambil langkah berisiko tinggi menurunkan harga petrol, mengurus fiskal negara dengan lebih telus, dan memastikan subsidi benar-benar kembali kepada rakyat.

Syahir Sulaiman dan Pas boleh terus menulis panjang berjela, tetapi rakyat tidak buta. Mereka tahu siapa yang menurunkan harga petrol ke RM1.99, siapa yang meringankan beban, dan siapa yang hanya pandai bercakap tanpa bekerja.

Kerajaan Madani bekerja, PAS hanya berdrama.

Related Posts

‘Terus kerja’ – Dua pesan PMX yang terkesan di hati

Oleh: Marhamah Rosli ULASAN | Dua perkataan yang saya belajar daripada Yang Amat Berhormat (YAB) PMX: ‘Terus kerja’. Ketika gambar ini sampai kepada saya, saya baru tiba dari Penang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akmal Saleh: Harimau Pulau Pinang, kucing Alor Setar?

JALUR GEMILANG bukan kain buruk, bukan corak baju dan bukan aksesori untuk bergambar. Malah bukan lambang yang boleh digunakan sesuka hati tanpa mengambil kira spesifikasinya. Sebab itu apabila pakaian Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah