Dokumentari baharu ‘Itam’ tonjolkan tarikan hidupan liar Sandakan

KOTA KINABALU – Sebuah dokumentari baharu bertajuk Itam: A Sun Bear Story bakal dilancarkan hujung tahun ini bagi memperkukuh promosi Sandakan sebagai pintu masuk utama pelancongan hidupan liar dan alam semula jadi Sabah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai berkata, dokumentari terbitan syarikat produksi Singapura-Malaysia, Brainchild Pictures itu memberi nilai pendidikan tinggi sekali gus menarik minat masyarakat terhadap biodiversiti negeri.

“Dokumentari ini akan memberi gambaran bagaimana pemuliharaan hidupan liar dijalankan.

“Dengan kesedaran itu, penonton akan terdorong untuk merasai pengalaman sendiri melihat tarikan alam semula jadi di Sabah,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Itam juga selaras dengan inisiatif STB menjadikan Sabah destinasi mesra keluarga, selain seiring usaha membuka laluan penerbangan terus Singapura–Sandakan melalui perbincangan dengan syarikat Scoot.

Joniston berkata STB menyokong penuh usaha itu terutama menjelang kempen Visit Malaysia 2026, yang turut menampilkan beruang matahari sebagai maskot rasmi.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif, Raymond Tan berkata, idea dokumentari tercetus semasa pandemik COVID-19 selepas mengenali Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo di Sandakan dan pengasasnya, Dr Wong Siew Te.

Katanya, tayangan perdana dijangka berlangsung di Singapura, Sandakan, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur pada November atau Disember ini, selain jemputan khas kepada pengetua sekolah bagi menggalakkan promosi percutian keluarga.

Turut hadir ialah Pengurus Kanan Bahagian Produk STB, Effendi Mahany dan Pengurus Digital serta Komunikasi STB, Diana Gaban.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan