Kastam Perlis patahkan cubaan seludup vape RM12.39 juta

PADANG BESAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis memperketat kawalan di pintu masuk sempadan hingga berjaya mematahkan cubaan menyeludup lebih 517,000 unit peranti vape bernilai RM12.39 juta.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, operasi hasil risikan selama beberapa bulan itu dilakukan di sebuah gudang di Jalan Kolam, Kampung Kolam pada 12 Ogos lalu.

“Serbuan ini membuktikan kawalan sempadan sentiasa dipertingkat walaupun sindiket cuba menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas gudang tersebut menemukan peranti vape yang diimport dari China tanpa sebarang dokumen pengimportan serta bukti pembayaran cukai yang sah.

Ismail berkata, sindiket dipercayai menggunakan gudang berkenaan sebagai lokasi transit sebelum peranti vape itu diseludup masuk ke Thailand.

“Kita juga percaya modus operandi mereka adalah menyimpan barang di dalam gudang tanpa dokumen sah dan cuba menyeludupnya bersama barangan dagangan lain,” ujarnya.

Beliau menegaskan, kawalan ketat di sempadan Malaysia–Thailand membolehkan pihaknya mematahkan cubaan berulang penyeludup yang menyasarkan laluan di Perlis.

Tambahnya, siasatan awal mendapati vape tersebut diimport dari China melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dipindahkan ke gudang terbabit.

Katanya, seorang remaja berusia 19 tahun yang merupakan anak kepada pemilik gudang turut ditahan untuk siasatan namun dilepaskan dengan ikat jamin.

“Kes ini sekali lagi menunjukkan betapa pentingnya kerjasama semua pihak dalam memastikan sempadan negara tidak dijadikan laluan mudah oleh sindiket,” jelasnya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit