Taktik licik simpan gas bersubsidi terbongkar

PARIT BUNTAR – Taktik licik sebuah premis perniagaan di Jalan Pantai Kuala Kurau menyimpan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa kebenaran terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, pagi Khamis.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.34 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN menerusi Ops Gasak 2025 merampas 102 tong LPG bersubsidi seberat 12 dan 14 kilogram yang disimpan secara haram.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan itu hasil risikan dan pemantauan rapi selama seminggu terhadap aktiviti penyalahgunaan barang kawalan bersubsidi di kawasan berkenaan.

“Selain tong gas, kami turut menyita sebuah lori dan beberapa dokumen dengan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan RM31,690.80,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, pemilik premis disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 kerana menyimpan barang kawalan berjadual tanpa permit.

Kamalludin menegaskan KPDN Perak tidak akan berkompromi dan akan memperhebatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan tiada pihak sewenang-wenangnya menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat.

Related Posts

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

KEPALA BATAS – “Kalau nak ikut, kami (pesawah) tanam padi ini pun sebab nak teruskan warisan yang diusahakan oleh mak ayah kami sahaja. Kalau bukan sebab itu, baik kami jual…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM