Inkues Zara: Ketua Warden terkilan kecaman tuduhan di media sosial, nafi sekolah lindungi pembuli

KOTA KINABALU – Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, 31, meluahkan rasa terkilan atas segala tuduhan serta kecaman di media sosial selain menafikan tuduhan sekolah melindungi pembuli.

Dalam keterangannya pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner, di sini, pada Khamis, saksi kelapan itu menahan rasa sebak beberapa kali. 

Keadaan itu berlaku semasa menjawab soalan daripada peguam, Abdul Fikry Jaafar Abdullah berhubung tuduhan yang kononnya pihak sekolah berdiam diri termasuk melindungi pembuli.

Katanya, sekolah tidak pernah melindungi sesiapa, sebaliknya segala maklumat berkaitan telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Azhari berkata, beliau sendiri yang menguruskan kerjasama penuh dengan polis, termasuk membawa saksi dan menyerahkan bahan siasatan termasuk rakaman audio kepada pihak berkuasa.

“Polis berhubung terus dengan saya sejak siasatan di IPD Papar sehingga Bukit Aman. 

“Tiada apa yang kami selindung, semua kami beritahu. 

“Saya tidak mahu Zara teraniaya, tapi sekarang sekolah juga teraniaya, termasuk saya sendiri,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa terkilan kerana keluarganya turut menerima kecaman susulan peranannya dalam kes ini.

“Selepas kes ini, keluarga saya turut terkesan.

“Inikah yang patut saya terima, keluarga saya dikecam hanya kerana saya pengadu?,” soalnya dengan nada sebak.

Azhari berkata, beliau hanya mahukan kebenaran selepas membaca diari milik Zara yang memaparkan penderitaan pelajar berkenaan.

“Saya tidak tahu apa yang sebenarnya ini, saya pun tertanya-tanya mencari keadilan.

“Kenapa kami dapat kecaman ini? Sebab itu saya tahu cerita dari saya baca diari, bagaimana derita Zara.

“Kalau ini ditakdirkan memang diari betul Zara,” katanya.

Dalam prosiding itu, beliau menegaskan bahawa ‘Kak M’ itu bukan pelajar yang menemukan Zara buat pertama kali. 

Katanya, tuduhan yang dilemparkan itu tidak adil terhadap pelajar tersebut yang disifatkannya sebagai baik dan sering mewakili sekolah dalam pertandingan hafazan.

“Dia budak baik, hampir setiap tahun jadi peserta hafazan saya. Bagi saya, tuduhan kepada dia sangat tidak adil,” kata beliau di hadapan Koroner, Amir Shah Amir Hassan. 

Dalam keterangannya juga, Azhari berkata, tiada aduan rasmi daripada ibu Zara berhubung insiden ‘Kak M’ yang didakwa membuli Zara sebelum ini.

Azhari berkata, jika pihak sekolah cuba mahu menutup isu, beliau tidak akan beritahu siapa Kak M. 

Katanya, kes Kak M ini dikatakan berlaku sekitar bulan Mei berdasarkan siasatan sekolah. 

“Kenapa ibu Zara tidak lapor kepada sekolah?

“Itu menjadi persoalan saya. Saya ambil tahu dan terkesan dengan pemergian Zara. 

“Tetapi kalau tiada aduan daripada Zara, sepatutnya mesti ada daripada ibunya.

“Namun, tiada. Langsung tiada,” jelasnya.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI