Pusat pemindahan kekal bakal dibina di Bongawan – Zahid

KOTA KINABALU – Sebuah pusat pemindahan kekal akan dibina di Bongawan bagi menampung keperluan penduduk yang sering terjejas banjir, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamid pada Khamis.

Menurut beliau, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)  akan membina sebuah pusat pemindahan kekal di Bongawan.

Jelasnya, lokasinya akan dibincangkan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah. 

“Saya juga telah melakukan lawatan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) sebelum ini.

“Saya mendapati bahawa Bongawan merupakan antara kawasan yang sering dilanda banjir maka pembinaan pusat pemindahan kekal ini amat diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Lawatan Bencana Banjir dan Tanah Runtuh di Pusat Pemindahan Sementara Mook, Kinarut, di sini pada Khamis.

Tambahnya, kemudahan yang akan disediakan bukan sahaja bilik air, bilik mandi tetapi juga ruang memasak untuk kegunaan sukarelawan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertanggungjawab menyediakan makanan. 

“Pusat ini juga akan berfungsi sebagai pusat aktiviti komuniti di luar musim banjir, sekali gus dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

“Terdapat juga permohonan rumah baharu bagi mangsa banjir dan tanah runtuh yang kehilangan kediaman sepenuhnya. 

“Antara pilihan perumahan ialah Rumah SMJ dan Rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),” ujarnya.

Katanya lagi, pembinaan pusat pemindahan kekal di Bongawan akan dimulakan tahun ini kerana peruntukan telah tersedia. 

“Walaupun kita perlu mematuhi prosedur dan peraturan sedia ada kerajaan akan mempercepatkan proses ini sebaik mungkin. 

“Dari segi kapasiti, pelan asas sudah ada dan akan ditambah baik dari aspek keluasan serta kemudahan di pusat baharu berkenaan,” katanya.

Menurut Zahid, pengalaman ini wajar dijadikan panduan dan manual bagi mempercepatkan usaha menyelamat semasa bencana, sebagaimana yang dilaksanakan di tujuh daerah terjejas banjir di Sabah.

Kerajaan turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah, NGO serta agensi-agensi terlibat kerana bertindak pantas dalam operasi menyelamat dan pengurusan bencana.

Related Posts

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

PERTEMUAN antara wakil diplomatik Amerika Syarikat (AS) dengan pemimpin pembangkang bukan sesuatu yang luar biasa, sebaliknya sebahagian daripada amalan diplomasi untuk memahami perkembangan politik sesebuah negara, kata Ahli Majlis Penasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

LUMUT – Tindakan sebuah vesel pukat tunda Kelas C menggunakan mata pukat berukuran kurang daripada 38 milimeter membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita