Pas bercelaru: Calon PM silih berganti, rakyat jadi mangsa

PAS sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan sebuah parti yang mempunyai visi jelas untuk mentadbir negara. Hari ini Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar disebut sebagai calon Perdana Menteri. Esok, Pemuda Pas pula mencalonkan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Persoalannya — adakah Pas benar-benar bersedia memimpin Malaysia, atau sekadar bermain politik dalaman demi menjaga kepentingan kelompok tertentu?

Hakikatnya, penolakan terhadap Dr Samsuri kerana beliau bukan dari kalangan ulama hanya mendedahkan wajah sebenar Pas: sebuah parti yang lebih mementingkan hierarki dalaman berbanding kemampuan kepimpinan. Bukankah Dr Samsuri sebelum ini diangkat sebagai simbol ‘profesional Pas’? Namun, akhirnya beliau sendiri diketepikan kerana tidak memenuhi kriteria kelompok tertentu dalam parti.

Inilah kelemahan besar Pas. Mereka tidak konsisten, bercelaru, dan gagal menunjukkan siapa sebenarnya calon Perdana Menteri yang mampu diyakini rakyat. Bagaimana rakyat mahu menyerahkan masa depan negara kepada parti yang tidak mampu menyelesaikan perebutan jawatan dalam kalangan mereka sendiri?

Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuktikan kestabilan dan hala tuju jelas dalam membawa Malaysia ke hadapan. Berbanding Pas yang masih bertelagah soal siapa layak jadi Perdana Menteri, Kerajaan Perpaduan sudah menumpukan usaha pada pembangunan ekonomi, kebajikan rakyat dan reformasi institusi.

Rakyat Malaysia tidak boleh dipermain-main dengan drama dalaman Pas. Apa yang diperlukan negara ialah kepimpinan stabil, berwibawa dan konsisten bukan parti yang menukar calon Perdana Menteri seperti menukar baju.

Kestabilan untuk Malaysia hanya ada pada Kerajaan Perpaduan. Pas hanyalah mimpi kosong yang masih terperangkap dalam politik perebutan kuasa.

“Sian Dr Sam, tokleh merasa jadi calon PM Pas doh, hok herannya masa PRK Kemaman hok umum calon Pas PRK Tuan Ibrahim gok, ning Pemuda Pas nok Tuan Ibrahim pulok jadi calon PM, sian molek Dr Sam”.

Related Posts

Pendedahan RCI TH bukan modal politik, tegaskan komitmen tatakelola menjelang perbahasan 11 Ogos

Oleh: TJ ISHAK PENDEDAHAN Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 kepada umum ditegaskan sebagai satu langkah berpaksikan ketelusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari kedudukan 36 ke 15, apa erti lonjakan Malaysia dalam Undang-undang Persaingan?

PUTRAJAYA – Apabila International Institute for Management Development (IMD) menerbitkan World Competitiveness Ranking (WCR) 2026, perhatian umum segera tertumpu kepada kejayaan Malaysia melonjak daripada kedudukan ke-23 kepada tangga ke-15 dunia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko