Rakyat Terengganu bahagia bukan kerana Pas, tetapi warisan hidup masyarakat

LAPORAN Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2024 dilihat zahirnya adalah bukti kejayaan Pas Terengganu mentadbir. Memang benar empat daerah di Terengganu Marang, Setiu, Kuala Nerus dan Kemaman tersenarai dalam 10 daerah paling bahagia di Malaysia. Tetapi persoalannya, adakah ini hasil dasar Pas? Atau sebenarnya ia mencerminkan warisan masyarakat yang sudah lama hidup sederhana, harmoni dan berbudaya gotong-royong?

Hakikatnya, kebahagiaan rakyat Terengganu tidak datang daripada dasar atau kecekapan pentadbiran Pas. Ia lahir daripada suasana kampung yang tenang, kos sara hidup lebih rendah, dan ikatan komuniti yang rapat. Rakyat bahagia kerana cara hidup mereka, bukan kerana dasar Kerajaan Negeri yang lemah dan gagal membuka ruang ekonomi baharu.

Lebih mengejutkan, walaupun empat daerah tersenarai, tiada satu pun daerah Terengganu berada di kedudukan tiga teratas. Johor (Kluang, Mersing) dan Pahang (Raub) mendahului senarai. Ini bukti jelas bahawa negeri lain lebih berjaya menyediakan kesejahteraan yang seimbang antara kebahagiaan sosial dengan pembangunan ekonomi.

Pas hanya menumpang pada nilai hidup masyarakat, tetapi gagal menterjemahkan ‘bahagia’ kepada pembangunan sebenar. Anak muda Terengganu masih berdepan pengangguran, peluang kerja terhad, dan terpaksa berhijrah ke luar negeri mencari rezeki. Kekayaan negeri ini terus bergantung kepada royalti minyak yang tidak diurus dengan telus. Pelaburan besar tidak masuk, peluang ekonomi baru tidak diwujudkan, dan GLC negeri terus membebankan.

Rakyat boleh rasa tenang duduk di kampung, tetapi jangan sesekali keliru dengan propaganda Pas. Bahagia tanpa masa depan adalah retorik kosong.

Jika Pas benar-benar berjaya, mengapa ekonomi negeri masih ketinggalan? Mengapa anak muda terus meninggalkan Terengganu mencari kehidupan lebih baik? Jawapannya mudah Kerajaan Negeri gagal mengangkat Terengganu keluar daripada kitaran lama kemiskinan dan kebergantungan.

Mesejnya jelas: kebahagiaan rakyat Terengganu adalah milik rakyat sendiri, bukan kerana pentadbiran Pas. Jangan biarkan mereka menunggang warisan hidup masyarakat sebagai modal politik murahan.

“Takdok kena mengena Pas naik jadi kerajaan rakyat Terengganu jadi bahagia, sek Pas ni semua mende nok claim ke die, abih mende bahang ke sek Pas blake.”

Related Posts

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

ISU sumbangan lembu korban sekali lagi dijadikan modal politik oleh segelintir pihak untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumbangan korban di Tambun dan Permatang Pauh dipersoalkan, malah cuba…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SOP pastikan ibadah korban lebih selamat dan terkawal perlu dilaksana secara pragmatik

AIDILADHA sentiasa membawa suasana penuh makna kepada umat Islam apabila masjid, surau dan kawasan kejiranan kembali hidup dengan pelaksanaan ibadah korban selain memperlihatkan semangat kebersamaan serta gotong-royong masyarakat dalam menghidupkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri