Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko

BENTONG – Penilaian risiko pokok matang di laluan FT68 (Jalan Lama Bentong–Kuala Lumpur) berhampiran Genting Sempah–Bukit Tinggi perlu dipertingkatkan demi keselamatan pengguna jalan raya.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, insiden pokok tumbang di laluan berkenaan memberi peringatan mengenai kepentingan pengurusan risiko alam sekitar yang teratur.

Menurutnya, laluan FT68 adalah nadi perhubungan bagi daerah Bentong kerana ia bukan sahaja menyambungkan kawasan pelancongan utama seperti Kampung Janda Baik dan Bukit Tinggi, malah bertindak sebagai laluan alternatif kritikal setiap kali berlaku kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak.

“Faktor geografi laluan itu yang dikelilingi kawasan berbukit dan pokok-pokok matang menyebabkan isu kestabilan cerun dan risiko pokok tumbang sentiasa menjadi keutamaan yang dibincangkan bersama dari semasa ke semasa, termasuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Bentong.

“Kita juga wajar mengambil pengajaran daripada insiden tanah runtuh dan pokok tumbang di tapak perkhemahan sebelum ini sebagai peringatan penting tentang kepentingan pengurusan risiko alam sekitar yang teratur,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi, 40, antara empat mangsa yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di laluan berkenaan.

Turut maut, isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, seorang daripada anak kembar mereka yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.

Seorang lagi anak kembar Mohd Radzi dilaporkan sedang dirawat di Hospital Bentong.

Jenazah Allahyarham Mohd Radzi bersama tiga ahli keluarganya yang maut selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Sri Chedung, Maran pada jam 3.15 pagi tadi.

Dalam pada itu, Young Syefura menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Saya mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang berat itu,” katanya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal