Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

KUANTAN – Sebanyak 2,485 barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dengan nilai anggaran RM433,552.78 akan dilupuskan esok selepas selesai proses perundangan.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, barang kes itu membabitkan rampasan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Pahang untuk tempoh 2009 hingga 2025.

Menurutnya, pelupusan itu membabitkan 14 jenis dadah termasuk methamphetamine seberat 6,279.08 gram, heroin (1,097.08 gram), kanabis (610.95 gram), ketamin (2.95 gram) dan nimetazepam (60.69 gram).

Turut dilupuskan ialah yaba seberat 128.11 gram, ekstasi (1.01 gram), air ketum (1,960.33 liter), daun ketum (19,771.30 gram), codeine (93.11 liter), diphenhydramine (612.50 liter), etizolam (1.58 gram) dan promethazine (350 gram).

“Selain itu, pelupusan turut membabitkan bahan lain seperti dextromethorpan, nitrazepam, ADB-Butinaca, tramadol, nitrazep, MDMB-4en-PINACA dan methyl dengan jumlah 1.58 liter serta 4.40 gram,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai pelupusan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Azry Akmar memberitahu, kesemua barang kes itu dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding selesai serta tempoh rayuan bagi hukuman terhadap pesalah kes terbabit telah tamat.

Katanya, proses pelupusan akan dilaksanakan kontraktor bertauliah dan profesional di Bukit Tagar, Bestari Jaya, Selangor, pada jam 12 tengah hari esok.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata JSJN Pahang merekodkan sebanyak 8,276 tangkapan membabitkan 7,181 kes sepanjang Januari hingga Julai 2026.

Katanya, sebanyak 198 operasi turut dilaksanakan dalam tempoh itu bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di seluruh Pahang.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok