Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

TEMERLOH – Dua pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terlanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, penunggang motosikal, Muhammad Nazim Dzafran Mohd Faizul dan pembonceng, Muhammad Hafizuddin Abdullah masing-masing berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang juga pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Chenor dalam perjalanan dari bandar Temerloh menghala ke Chenor, Maran sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa dipercayai cuba memotong sebuah Toyota Vios sebelum terlanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan terbabit.

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal tercampak ke laluan bertentangan.

“Pada masa sama, sebuah Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan menghala ke Temerloh tidak sempat mengelak lalu melanggar kedua-dua mangsa,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau memberitahu, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal motosikal ditunggangnya.

Menurutnya, pemandu Toyota Vios berusia 34 tahun dan pemandu Perodua Alza berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok