SD singirkan Presiden karma politik buat Muhyiddin

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berdepan gelombang penentangan dalaman apabila 120 Ketua Bahagian parti itu menandatangani akuan bersumpah mendesak beliau berundur.

Bagi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, perkara itu tidak mengejutkan dan bukanlah sesuatu yang aneh apabila wujud juga surat layang mahukan bekas Perdana Menteri itu meletakkan jawatan sebagai Presiden Bersatu.

“Muhyiddin hanya perlu duduk sejenak, mengimbau dan muhasabah diri; bagaimana Langkah Sheraton yang beliau turut sama gerakkan sehingga berlaku rampasan kuasa pada Mac 2020.

“Sedangkan beliau sendiri sebahagian dari kerajaan yang dibentuk pada 2018 itu. Ibarat waktu itu, beliau ‘menikam’ rakan sendiri yang sama-sama berjuang pada PRU 2018.

“Jika beliau sanggup lakukan itu, mana mungkin beliau berasa selamat dari ‘pisau’ tersembunyi belakang tangan rakan-rakan Bersatu pula?” katanya menerusi laman Facebooknya, pada Selasa.

Apatah lagi, Sheikh Umar menegaskan, rakan-rakan Muhyiddin juga mempunyai rekod membawa lari sokongan ahli Parlimen sehingga sanggup mengkhianati parti.

Justeru beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berpandangan, tindakan memangkas presiden sendiri bukanlah perkara besar.

“Setiap tindakan kita akan dibalas. Jika bukan hari ini, mungkin esok mungkin lusa. Jika bukan sekarang, lambat laun akan sampai masanya. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

“Setengah orang menyebut ini sebagai karma,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 120 Ketua Bahagian Bersatu telah menandatangani SD menggesa Muhyiddin berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Malah, dalam ucapan dasarnnya pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2025 Sabtu lalu, Muhyiddin turut menyentuh mengenai kewujudan usaha mengutip tanda tangan itu untuk menjatuhkan beliau sebagai Presiden.

Ucapannya itu kemudiannya mencetuskan kepada situasi kekecohan dan ketegangan pada PAT Bersatu 2025 berkenaan sehingga dilaporkan secara meluas oleh media, selain laporan polis turut dibuat susulan kejadian itu

Related Posts

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PENDEKATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negara memperlihatkan kecenderungan untuk tidak terlalu melayan tekanan serta kritikan politik, sebaliknya memberikan tumpuan kepada tugas pentadbiran dan usaha memperkukuh kedudukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tempoh idah PRU16 belum sampai

KULIM – Kerajaan Perpaduan ketika ini belum lagi memasuki tempoh ‘idah’ untuk membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu