Muhyiddin tidak lagi direstui Pas sebagai calon PM – Pemerhati politik

TAN Sri Muhyiddin Yassin disifatkan tidak lagi mendapat restu daripada Pas untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.

Pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, pendirian Pas yang semakin menjauh daripada Muhyiddin menjadi petunjuk jelas kepada keretakan dalaman dalam kepimpinan PN, khususnya antara Bersatu dan Pas.

Menurut beliau, penolakan secara tersirat oleh pemimpin-pemimpin utama Pas terhadap pencalonan semula Muhyiddin boleh dilihat melalui reaksi mereka terhadap keputusan Perhimpunan Agung Bersatu (PAT) baru-baru ini yang mencalonkan semula Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ PN.

“Pemimpin-pemimpin utama Pas seperti Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Tan Sri Annuar Musa secara terbuka menegur Bersatu agar tidak membuat kenyataan bagi pihak gabungan, sekali gus menunjukkan bahawa pencalonan Muhyiddin tidak dipersetujui secara bersama,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook.

Raggie turut menyatakan bahawa terdapat perpecahan ketara dalam Bersatu sendiri, yang menyaksikan wujud dua kem utama iaitu kem Muhyiddin dan kem Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata, kem Hamzah mempunyai pengaruh lebih besar dan luas termasuk dalam kalangan pemimpin Pas yang dilihat lebih cenderung menyokong Hamzah sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

“Pas bukan sahaja tidak bersetuju secara keseluruhan dengan pencalonan Muhyiddin, malah mereka lebih cenderung untuk melihat Hamzah sebagai calon alternatif bagi jawatan Perdana Menteri sekiranya berlaku perubahan kerajaan,” jelasnya.

Raggie turut mendedahkan bahawa sebelum ini wujud beberapa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk dakwaan bahawa sebanyak 120 akuan bersumpah (SD) telah dikumpulkan.

Dalam rundingan berkaitan, nama Hamzah disebut sebagai calon yang dipersetujui untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri, bukannya Muhyiddin.

Namun, rancangan tersebut gagal apabila tiada kesepakatan menyeluruh dalam kalangan Ahli Parlimen dan parti-parti dalam PN, terutamanya berkaitan calon yang akan ditampilkan.

Tambah beliau, kenyataan Muhyiddin dalam PAT baru-baru ini berhubung dakwaan wujud komplot mengumpulkan tandatangan untuk mendesak beliau berundur, menunjukkan bahawa kedudukannya semakin lemah.

“Jika benar perkara itu remeh seperti didakwa beliau, mengapa perlu dibangkitkan dalam perhimpunan parti yang penting? Ini menunjukkan wujud tekanan dalaman yang serius,” katanya.

Raggie berkata bahawa tindakan Muhyiddin dan pasukannya yang terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan beberapa yang lain mengumumkan pencalonannya secara sepihak tanpa konsensus jelas daripada parti komponen PN hanya menambahkan jurang antara Bersatu dan Pas.

“Pengumuman secara unilateral itu mencerminkan betapa rapuhnya sokongan terhadap Muhyiddin dalam gabungan. Pas sudah tidak lagi sealiran, dan ini menandakan bahawa restu terhadap beliau semakin pudar,” ujar beliau.

Beliau menambah bahawa kelemahan kepimpinan PN yang gagal mencapai kesepaduan dalam isu sepenting calon Perdana Menteri menyebabkan gabungan itu kehilangan arah tuju politik yang jelas.

“Ketiadaan kesepakatan dan kewujudan kem-kem dalaman menyebabkan PN sukar merancang secara strategik. Akhirnya, mereka hanya mampu memainkan peranan sebagai pembangkang yang menyerang isu-isu kecil tanpa agenda kukuh untuk rakyat,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan