Anwar rakam tahniah buat Charnvirakul

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand yang baharu, Anutin Charnvirakul.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, ucapan itu disampaikannya kepada Anutin menerusi panggilan telefon pada lewat petang semalam.

“Saya juga menzahirkan kegembiraan kerana beliau adalah sahabat lama yang sentiasa bersama saya sewaktu susah dan senang.

“Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting, termasuk pengukuhan hubungan dua hala selain perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN,” katanya.

Menurut Anwar, Anutin memaklumkan bahawa upacara angkat sumpah jawatannya akan berlangsung dalam tempoh seminggu.

“… dan beliau menantikan peluang untuk berjumpa saya sejurus selepas itu,” kata Anwar.

Anutin, 58, yang juga ketua parti Bhumjaithai, secara rasmi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 semalam – selepas menerima perkenan diraja – sekali gus menandakan lembaran baharu dalam kepimpinan politik negara itu.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar