Flotila Global diteruskan, Tunisia jadi persinggahan utama

KAPAL-KAPAL yang menyertai Flotila Kebebasan Global mula berlabuh di Tunisia semalam dalam misi antarabangsa menghantar bantuan ke Gaza serta mencabar sekatan Israel.

Ratusan rakyat Tunisia berkumpul di Pelabuhan Sidi Bou Said, berhampiran ibu kota Tunis, bagi menyambut ketibaan kumpulan pertama kapal yang belayar dari Sepanyol.

Menurut penganjur, hampir 20 buah kapal dijadualkan berlabuh di Tunisia dalam tempoh dua hari sebelum flotila itu meneruskan pelayaran ke timur menuju Gaza.

“Kapal yang berlepas dari Sepanyol sudah memasuki perairan Tunisia,” kata ahli jawatankuasa pengendali Flotila Maghribi, Wael Nawar, seperti dipetik agensi Anadolu.

Beliau berkata, kapal dari Tunisia akan menyertai konvoi berkenaan apabila ia berlepas pada Rabu, manakala beberapa kapal tambahan akan bergabung di perairan berhampiran pantai Itali.

Kira-kira 150 aktivis dari pelbagai negara termasuk Tunisia, Turkiye, Eropah, Afrika dan Asia menyertai inisiatif berkenaan. Flotila itu mula berlayar dari Barcelona pada 22 Ogos lalu, diikuti kumpulan kedua yang berlepas dari pelabuhan Genoa di Itali minggu lalu.

Penganjur menjelaskan, misi itu bertujuan menarik perhatian dunia terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, khususnya selepas pemantau antarabangsa mengisytiharkan keadaan kebuluran di bahagian utara wilayah itu bulan lalu.

Related Posts

Tentera Israel didakwa anggap bayi Palestin musuh masa depan

SIDANG Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu bertukar tegang apabila beberapa negara anggota bertelagah mengenai laporan tahunan berkaitan nasib kanak-kanak dalam konflik bersenjata. Dalam sesi berkenaan, Amerika Syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

DHAKA – Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya, sambil menegaskan penyelesaian jangka panjang terhadap krisis itu adalah melalui penghantaran pulang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka