Pearly-Thinaah tewas melawan, raih naib juara Kejohanan Dunia

HASRAT menyaksikan satu lagi kejuaraan dunia menjadi milik Malaysia tidak kesampaian selepas beregu wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah tewas di pentas final Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, malam tadi.

Pasangan pilihan kedua kejohanan itu terpaksa akur kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu–Tan Ning dalam pertarungan tiga set di Adidas Arena.

Biarpun gagal menjulang kejuaraan, persembahan Pearly–Thinaah wajar dipuji kerana memberikan tentangan sengit berdepan lawan dari China yang sememangnya sukar ditundukkan.

Malah, pencapaian selaku naib juara turut melakar sejarah tersendiri buat badminton negara apabila Pearly–Thinaah muncul beregu wanita pertama Malaysia mara ke final Kejohanan Dunia, sekali gus membawa pulang pingat perak.

Dalam aksi tersebut, Sheng Shu–Tan Ning tampil cukup kemas di set pertama dengan corak permainan tersusun dan hampir tiada kesilapan untuk memastikan kemenangan 21-14.

Namun, Pearly–Thinaah tidak mudah menyerah kalah. Mereka bangkit memperkemaskan strategi sebelum memaksa lawan ke set penentuan selepas mengesahkan kemenangan tipis 22-20 di set kedua.

Set ketiga menyaksikan kebangkitan semula pasangan nombor satu dunia itu untuk menoktahkan perlawanan dengan keputusan 21-17.

Related Posts

Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1