City tewas di tangan Brighton

BRAJAN Gruda muncul wira Brighton apabila menjaringkan gol kemenangan minit ke-89 untuk menewaskan Manchester City 2-1 dalam aksi dramatik Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.

City terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Erling Haaland yang menyempurnakan jaringan cantik pada minit ke-34 yang juga gol ketiganya dalam tiga perlawanan musim ini.

Brighton bangkit di babak kedua apabila James Milner menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-67, selepas bola terkena tangan Matheus Nunes dalam kotak penalti.

Gol itu menjadikan Milner, pada usia 39 tahun 239 hari, sebagai penjaring penalti tertua dalam sejarah EPL.

Brighton terus memberi tekanan dan akhirnya berjaya meraih tiga mata penuh apabila Gruda melepasi perangkap ofsaid, menewaskan penjaga gol City, James Trafford untuk melengkapkan kebangkitan hebat pasukan tuan rumah.

Related Posts

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat pertama iaitu gangsa buat Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas meraih gangsa dalam acara powerlifting di SEC Armadillo, Glasgow, malam tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada petarung muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib atau lebih dikenali sebagai Aliff Rakib atas kejayaan melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran