Tang Jie-Ee Wei hadiahkan Malaysia emas Kejohanan Dunia

SEJARAH tercipta di Kejohanan Dunia BWF 2025 apabila kem badminton negara menerusi beregu campuran utama, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, merangkul emas pertama negara.

Gandingan di tangga keempat dunia itu menewaskan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang–Wei Ya Xin, di Adidas Arena, Paris, dalam tempoh 39 minit.

Lebih manis, kemenangan itu hadir ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-68, sekali gus menjadi hadiah bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Tang Jie–Ee Wei bermula garang apabila mengawal tempo set pertama, mendahului 11-6 sebelum menamatkan permainan dengan kemenangan 21-15.

Kebangkitan cuba dilakukan beregu China tidak kesampaian susulan banyak melakukan kesilapan teknikal, sekali gus menyuntik semangat Tang Jie–Ee Wei terus mendominasi set kedua dengan kedudukan 11-7.

Jiang–Wei cuba bangkit apabila kedudukan hampir terikat di pertengahan set, namun usaha mereka dipatahkan gandingan digelar The Little Gangsters.

Akhirnya, skuad negara menoktahkan kemenangan dengan catatan 21-14, sekali gus menamatkan kemarau pingat 18 tahun dan menghadiahkan emas pertama beregu campuran di Kejohanan Dunia edisi ini.

Kali terakhir beregu campuran negara meraih pingat dalam Kejohanan Dunia menerusi Koo Kien Keat–Wong Pei Tty yang membawa pulang gangsa dari Madrid pada 2006.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai