Usaha Kerajaan MADANI salur bantuan tambahan RM100 juta kepada Palestin disambut baik

USAHA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI dalam menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM100 juta kepada rakyat Palestin mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak.

Inisiatif tersebut diumumkan menerusi pelancaran Sumud Nusantara, yang disifatkan sebagai simbol solidariti Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman penjajahan dan penindasan.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menyatakan penghargaan terhadap pengumuman Perdana Menteri dan menegaskan bahawa Sumud Nusantara merupakan usaha bersama yang perlu digalas oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah, kita berbesar hati dan gembira kerana kerajaan sudi berdiri di belakang kita sehingga ke penghujungnya.

“Ini bukan hanya usaha badan bukan kerajaan, tetapi juga milik rakyat dan kerajaan Malaysia,” katanya selepas program Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka pada Ahad.

Beliau turut menyeru masyarakat Islam seluruh dunia serta golongan bukan Islam yang cintakan nilai kemanusiaan agar terus memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang menghadapi penyeksaan dan pembunuhan.

“Jangan tinggalkan Palestin. Jangan berputus asa. Satu hari nanti, pembebasan Palestin akan berlaku di depan mata kita, InsyaAllah,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki Aksan, turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas bantuan berterusan yang diberikan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza.

“Alhamdulillah kerana kita masih dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin. Bantuan ini perlu disegerakan kerana serangan demi serangan sedang berlaku dan Israel sedang cuba menghapuskan rakyat Palestin,” katanya.

Afdlin menambah bahawa usaha Perdana Menteri dalam membantu Palestin bukanlah perkara baharu, sebaliknya kesinambungan daripada komitmen yang telah bermula sejak beliau menjadi Ketua Pembangkang lagi.

“Saya kenal Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum beliau menjadi Perdana Menteri. Ketika itu pun beliau sudah pun menghantar bantuan kepada rakyat Palestin. Ini bukan retorikal, tetapi semangat perjuangan yang berterusan,” jelasnya.

Pengumuman bantuan tambahan RM100 juta oleh Kerajaan MADANI ini membuktikan bahawa Malaysia bukan sekadar menzahirkan sokongan di atas kertas, malah turut memperkukuh komitmen dalam bentuk tindakan nyata yang berlandaskan nilai kemanusiaan sejagat.

Related Posts

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

PUTRAJAYA – Antara persiapan bagi menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober depan ialah meneliti pengalaman serta amalan terbaik republik Singapura dalam penganjuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu