Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

SANDAKAN – Penduduk di Kampung Seng Kee dan Kg Gelam Laut, di sini, menzahirkan kebimbangan terhadap dakwaan penularan bahan disyaki dadah baharu dikenali sebagai ‘magic mushroom’ atau ‘piu-piu’ yang dipercayai mula dikesan sejak kira-kira dua bulan lalu.

Kebimbangan itu timbul selepas didakwa berlaku peningkatan kes membabitkan golongan muda yang menunjukkan tingkah laku luar kawalan, terlalu aktif serta mengganggu ketenteraman awam selepas dipercayai mengambil bahan berkenaan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, pihak polis memaklumkan usaha mengesan sumber bahan berkenaan sedang dipertingkatkan menerusi risikan serta tindakan penguatkuasaan.

Beliau berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada polis dan menggesa orang ramai segera menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan termasuk penyalahgunaan atau pengedaran bahan disyaki dadah itu.

“Jika terdapat kegiatan mencurigakan, penduduk perlu segera membuat laporan supaya polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Yap Hsiu Min; Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Karamunting, David Fong serta beberapa ketua kampung mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi membincangkan langkah pencegahan dan penguatkuasaan.

George berkata, sebahagian golongan muda dipercayai sering berkumpul di kawasan jambatan kampung dan perkampungan atas air, sekali gus menimbulkan kebimbangan mereka berisiko terjatuh ke laut sekiranya berada dalam keadaan khayal atau tidak sedarkan diri.

Sehubungan itu, beliau meminta ketua kampung dan penduduk memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan memantau serta melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan bagi memastikan keselamatan komuniti terus terpelihara.

Dalam pada itu, George memaklumkan pihaknya turut merancang mengadakan program kesedaran antidadah di sekolah bagi mendidik pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan rokok elektronik.

“Ibu bapa juga perlu lebih peka terhadap perubahan tingkah laku, pergaulan dan aktiviti harian anak-anak agar sebarang tanda penyalahgunaan bahan terlarang dapat dikesan lebih awal.

“Saya harap kerajaan serta agensi penguat kuasa mengambil tindakan lebih tegas bagi mengekang kemasukan dan penjualan bahan berbahaya itu,” jelasnya.

Beliau turut mencadangkan supaya mana-mana bahan yang dikenal pasti memudaratkan serta disalahgunakan sebagai dadah dikaji untuk dimasukkan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan, sekiranya belum dikawal.

“Langkah ini penting bagi membolehkan tindakan lebih tegas diambil terhadap penjual dan pengedar bahan berkenaan,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan