Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

KOTA KINABALU – Perkembangan positif keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESS Zone) perlu disampaikan secara lebih berkesan kepada perwakilan diplomatik termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi di Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha itu penting bagi membolehkan mereka menilai semula amaran perjalanan ke kawasan berkenaan selain tiada kes penculikan untuk wang tebusan dilaporkan di ESS Zone sejak Januari 2020.

“Ini sekali gus mampu meningkatkan keyakinan pelancong antarabangsa serta menarik lebih ramai pelawat ke destinasi pelancongan di Sabah Timur.

“Secara keseluruhannya keadaan keselamatan di ESS Zone berada pada tahap baik dan kekal terkawal,” katanya, dalam satu kenyataan media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama ESS Zone di Menara Kinabalu, pada Khamis.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Hajiji dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Hajiji, tempoh enam tahun tanpa sebarang kes penculikan untuk wang tebusan sebagai satu pencapaian membanggakan hasil komitmen Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta semua agensi keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keamanan perairan negeri ini.

Justeru katanya, kerajaan negeri akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri serta semua agensi berkaitan bagi meningkatkan keupayaan operasi, memperkasa aset dan kesiapsiagaan anggota serta menambah baik kebajikan pasukan keselamatan demi memastikan keselamatan ESS Zone terus terpelihara.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan