Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

SARIKEI – Sarawak terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju ekonomi hijau apabila sedia melaksanakan perdagangan karbon berasaskan kerangka perundangan negeri yang telah diwujudkan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, pendekatan itu membolehkan negeri membangunkan industri karbon mengikut acuan sendiri meskipun mekanisme di peringkat Persekutuan masih diselaraskan.

Menurut beliau, peruntukan undang-undang sedia ada menjadi asas penting dalam mempercepat pembangunan industri berkenaan selain meningkatkan keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa.

“Potensi perdagangan karbon di Sarawak didorong oleh kekayaan sumber semula jadi khususnya kawasan hutan dan ekosistem paya bakau yang berupaya menyerap serta menyimpan karbon dalam jumlah tinggi.

“Taman Negara Bakau Rajang merupakan kawasan perlindungan paya bakau terbesar di Sarawak dan ketiga terbesar di Malaysia. Kawasan ini berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi hijau,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang itu berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program EcoGreen Tree Planting 2026 di Dewan Masyarakat Kampung Rajang pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Lembaga Kebajikan Islam Kuala Rajang telah diberikan permit untuk menguruskan aktiviti perdagangan karbon di kawasan berkenaan.

Jelasnya, langkah tersebut diyakini mampu mewujudkan keseimbangan antara pemeliharaan alam sekitar dengan manfaat ekonomi yang dapat dinikmati oleh komuniti setempat.

Sejak 2023, sebanyak 3,800 anak pokok bakau telah ditanam di Taman Negara Bakau Rajang sebagai sebahagian daripada inisiatif EcoGreen Planet yang menyasarkan penanaman 10,000 pokok.

Usaha itu dilaksanakan kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bagi memperkukuh pemuliharaan biodiversiti selaras dengan aspirasi negeri muncul sebagai peneraju ekonomi rendah karbon.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) merangkap ADUN Telang Usan, Datuk Dennis Ngau; Pengurus Besar SFC, Abang Arabi Abang Aimran; serta Ketua Pegawai Eksekutif STB, Dr Sharzede Datu Salleh Askor.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan