MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekali bayar (one-off).

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, kementerian itu menegaskan poster yang mengandungi maklumat berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh kerajaan.

“Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai pemberian SARA seperti yang didakwa dalam poster berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kerana ia boleh mengelirukan masyarakat.

Kementerian Kewangan turut menggesa orang ramai agar sentiasa merujuk kepada saluran rasmi kementerian bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai sebarang inisiatif atau bantuan kerajaan.

Menurut kementerian itu, semakan melalui platform rasmi sebelum berkongsi sesuatu maklumat adalah penting bagi membendung penyebaran berita palsu dan memastikan orang ramai menerima maklumat yang tepat.

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX