Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

KUANTAN – Kerajaan Pahang tidak mahu isu pokok tumbang di Janda Baik, dekat Bentong berlarutan dengan pertikaian mengenai pihak yang bertanggungjawab, sebaliknya mahu tindakan segera diambil bagi menangani perkara itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, semua pihak berkaitan perlu duduk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian susulan kejadian yang mengorbankan empat nyawa pada Isnin lalu.

“Saya telah minta supaya Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff serta Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan, Datuk Ir Razali Kassim – selaku pengerusi bersama – memanggil semua pihak yang terlibat dengan kadar segera.

“Saya arahkan kalau boleh malam ini (malam tadi) mereka berbincang dengan semua pihak berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak berkuasa tempatan (PBT), jurutera daerah dan Pejabat Tanah dan Galian.

“Saya bagi tahu, pihak-pihak yang berkaitan secara langsung hadir untuk mesyuarat dan kita akan buat keputusan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jelajah Aspirasi Pahang 1st Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura di Jeti Nelayan Sungai Belat, Kampung Belukar pada petang semalam.

Pada Isnin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi, 40, antara empat mangsa maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Bentong.

Turut terkorban isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36; anak kembar mereka, Muhammad Rizz Hazim, 5; serta adik iparnya, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.

Seorang lagi anak kembar pasangan berkenaan dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Bentong.

Semalam, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa Kementerian Kerja Raya dan JKR memperkukuh pemantauan terhadap pokok matang bagi meningkatkan penilaian risiko serta usaha mitigasi.

Susulan itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dilapor berkata, tanggungjawab menilai keadaan struktur pokok matang dalam rizab jalan Persekutuan terletak di bawah PBT, bukan JKR.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri tidak mahu isu berkenaan berlarutan dengan pertikaian mengenai pihak yang bertanggungjawab, sebaliknya tindakan penyelesaian perlu diberi keutamaan.

Jelasnya, pokok tumbang menghempap kenderaan pacuan empat roda sehingga empat maut itu terletak kira-kira 15 meter dari rizab jalan di Bentong.

“Kita kena move on dan bukan nak kira PBT atau JKR. Perkara telah pun berlaku, jadi tindakan kita ialah untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera.

“Mereka akan selesaikan dan kerajaan negeri tidak akan berdiam diri, kita terus ambil tindakan,” katanya.

Wan Rosdy turut menjelaskan, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan daripada pihak berkaitan sebelum menentukan tindakan selanjutnya termasuk mengenal pasti pokok berusia.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap pokok berkenaan akan dilakukan dengan memberi keutamaan kepada lokasi tertentu berdasarkan pandangan pihak berkaitan.

“Kita akan lihat pokok tersebut dan keutamaan di lokasi-lokasi tertentu (kerana) Pahang ini luas.

“Kita (juga) akan mendapat pandangan daripada JKR, Pejabat Daerah dan sebagainya, kita ambil tindakan,” katanya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik