SK Pulau Redang dinaik taraf, anak pulau nikmati akses pendidikan menengah

PULAU REDANG — Impian penduduk Pulau Redang untuk memiliki akses pendidikan menengah akhirnya tercapai apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang kini berstatus Sekolah Komprehensif 9 (K9), sekali gus menawarkan pendidikan bermula dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3.

Perasmian bangunan baharu sekolah itu oleh Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek pada Sabtu, turut disifatkan sebagai detik bersejarah buat masyarakat setempat yang sekian lama berdepan kesukaran untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah.

Sebelum ini, ketiadaan sekolah menengah di pulau tersebut memaksa ibu bapa dan pelajar menanggung risiko meredah ombak untuk ke tanah besar.

“YB, kalau nak bercerita mengenai pendidikan di Pulau Redang, hati kami sedih. Sukarnya kami berjuang, bertarung nyawa, dihempas ombak untuk ke sekolah menengah di tanah besar. Dari lama dulu kami mengharapkan SK Pulau Redang menjadi Sekolah K9,” luah seorang penduduk yang ditemui.

Kisah pengorbanan anak-anak pulau itu menyentuh hati ramai pihak dan pada masa sama menjadi inspirasi untuk memperkukuh agenda pendidikan di kawasan pedalaman, termasuk pulau dan pesisir.

Bagaimanapun, usaha itu tidak berhenti di sini. Perancangan seterusnya ialah menaik taraf SK Pulau Redang sebagai Sekolah Komprehensif 11 (K11) agar ia dapat menyediakan pendidikan lengkap hingga ke Tingkatan 5.

Menurut Fadlina lagi hanya melalui pendidikan berkualiti masa depan anak-anak pulau dapat diubah dan seterusnya memberi peluang lebih cerah untuk mereka menyumbang kepada pembangunan negara.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan