Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menawarkan ganjaran sehingga RM6,000 kepada atlet termasuk atlet para yang berjaya menghadiahkan pingat emas acara perseorangan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor, sebagai suntikan semangat menjelang saingan yang bermula 15 hingga 24 Ogos ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, insentif itu disediakan sebagai penghargaan terhadap pengorbanan dan kejayaan atlet yang mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA.

Beliau berkata, bagi acara perseorangan, pemenang pingat emas akan menerima RM6,000, manakala pemenang pingat perak memperoleh RM3,000 dan gangsa RM1,500.

Menurutnya, bagi acara berpasukan melibatkan dua hingga tiga atlet, kadar insentif ditetapkan RM4,000 bagi emas, RM2,000 (perak) dan RM1,000 (gangsa), manakala pasukan empat atlet dan ke atas akan menerima RM2,500 bagi emas, RM1,500 bagi perak serta RM750 bagi gangsa.

“Atlet yang berjaya memecahkan rekod pula akan menerima ganjaran tambahan RM1,000.

“Selain itu, pengurus pasukan menerima 30 peratus dan jurulatih 50 peratus daripada nilai pingat tertinggi yang dimenangi, manakala persatuan sukan turut diberikan insentif mengikut formula pengiraan pingat bagi sukan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA dan Para SUKMA Negeri Perak 2026 di Stadium Indera Mulia, di sini, pada malam Rabu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah.

Saarani berkata, walaupun ganjaran disediakan sebagai pengiktirafan kepada atlet, nilai sebenar kejayaan adalah peluang mengharumkan nama Perak di pentas sukan kebangsaan.

“Insentif ini adalah penghargaan kepada kejayaan atlet dan mereka yang membentuk kejayaan terbabit. Namun, nilai paling besar tetap terletak pada penghormatan membawa nama negeri dan melihat usaha yang diberikan menghasilkan kemenangan untuk Perak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kontinjen Perak meletakkan sasaran meraih 50 pingat emas pada SUKMA, manakala kontinjen Para SUKMA menyasarkan 25 pingat emas dengan matlamat kedua-dua kontinjen menamatkan saingan dalam kelompok lima terbaik keseluruhan.

Katanya, seramai 790 atlet akan membawa cabaran Perak pada SUKMA, manakala 112 atlet mewakili negeri pada Para SUKMA.

Beliau berkata, antara sukan yang dijangka menjadi penyumbang utama pingat emas ialah akuatik (renang dan terjun), menembak, memanah, olahraga, sukan kombat serta beberapa acara sukan wanita.

Sementara itu, Khairudin dalam sidang media selepas majlis berkenaan memaklumkan Kerajaan Negeri turut akan memberikan insentif kepada atlet Perak yang mencipta kejayaan pada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland.

Beliau berkata, insentif itu akan diberikan kepada pemain boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple yang mencipta sejarah sebagai atlet Malaysia pertama memenangi pingat perak acara perseorangan lelaki, selain Aleena Ahmad Nawawi yang turut menghadiahkan pingat perak dalam acara boling padang wanita.

Related Posts

Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan kutipan 40 pingat emas pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor menerusi persediaan rapi bagi memastikan kontinjen negeri mampu mencatat prestasi terbaik di temasya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Infantino bakal terlepas gaji lumayan

GIANNI Infantino berpotensi menikmati pendapatan luar biasa setanding bintang sukan dunia seperti Erling Haaland dan Lewis Hamilton jika rancangan kontroversinya menjual sebahagian kepentingan Piala Dunia menjadi kenyataan. Presiden FIFA berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu