Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

PUTRAJAYA – Antara persiapan bagi menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober depan ialah meneliti pengalaman serta amalan terbaik republik Singapura dalam penganjuran perlumbaan Formula 1.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikin dalam pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Grand Prix Singapura, Michael Roche yang berkongsi pengalaman agar penganjuran perlumbaan bertaraf dunia di Malaysia memenuhi piawaian antarabangsa.

Menurut beliau, penganjuran Formula 1 diyakini mampu memberikan limpahan ekonomi yang besar kepada negara menerusi peningkatan kehadiran pelancong, penciptaan peluang pekerjaan serta pertumbuhan aktiviti perniagaan.

“Insya-Allah, kita komited memastikan penganjuran ini bukan sahaja memenuhi piawaian antarabangsa, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab sukan permotoran serantau serta membawa manfaat yang meluas kepada rakyat dan ekonomi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Anwar juga percaya acara itu juga dijangka meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, sekali gus menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober depan, sekali gus menandakan kembalinya perlumbaan Formula 1 ke Malaysia selepas beberapa tahun.

Anwar berkata, kerajaan akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan penganjuran perlumbaan berprestij itu bukan sahaja berjaya dari sudut teknikal dan operasi, malah memberi impak ekonomi yang signifikan kepada negara.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan