Kes bunuh polis: Empat tertuduh dikawal ketat hadiri perbicaraan

ALOR SETAR – Kira-kira 14 anggota polis termasuk dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengiringi empat tertuduh kes bunuh seorang anggota polis di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sebahagian daripada mereka adalah anggota Bahagian D9 JSJ IPK Kedah yang memakai pakaian serba hitam dan dilengkapi senjata.

Kesemua tertuduh tiba dengan beberapa kenderaan polis kira-kira pukul 8.37 pagi sebelum dibawa masuk ke kamar mahkamah untuk dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Muhamad Badry Muhamad Azami, 24; Mohamad Hafiz Khazli, 26; Badri Iman Abdul Nasir, 25, dan Mohd Saifuan Mohd Noor, 34.

Pada prosiding itu, semua tertuduh mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama membunuh Mohd. Hafizul Izham Mazlan, 35, di hadapan sebuah rumah di Taman Golf, di sini kira-kira pukul 3.43 petang pada 7 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan.

Media pada 7 Ogos lalu melaporkan anggota polis, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, maut akibat dirempuh dan digilis kenderaan utiliti sukan jenis Lexus dinaiki empat penjenayah ketika melarikan diri setelah memecah masuk sebuah rumah di Taman Golf.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada anggota badan.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM