200 murid terjejas bumbung SK Seri Perlis diterbang angin

KANGAR – Kira-kira 200 murid Sekolah Kebangsaan Seri Perlis di sini terjejas selepas sebahagian besar bumbung sebuah blok bangunan sekolah itu diterbangkan ribut petang tadi.

Pengarah Pendidikan negeri, Rose Aza Che Arifin berkata, kejadian kira-kira pukul 5 petang itu melibatkan kelas Tahun Satu (dua kelas), Tahun Dua (dua kelas), Program Pendidikan Khas Integrasi (lima kelas) serta satu kelas prasekolah.

“Bumbung bangunan yang menempatkan kelas-kelas ini diterbangkan angin hingga ke pagar sekolah. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan untuk proses pembaikan segera.

“Pihak sekolah sedang menyusun langkah segera bagi memastikan proses pembelajaran murid-murid yang terkesan tidak terganggu,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, Norazila Abdul Rahim berkata, ketika kejadian terdapat antara kira-kira 15 murid yang sedang menunggu ibu bapa mengambil mereka selepas menghadiri Kelas Asas Fardu Ain.

“Langit gelap dan angin bertiup kencang. Saya segera mengarahkan mereka berkumpul di sebelah pondok pengawal kerana bimbang keselamatan.

“Bumbung terbabit diterbangkan jauh, satu di pagar sekolah sebelum sebahagian lagi jatuh di kawasan antara dewan dan blok bangunan berkenaan, namun tiada murid atau guru yang cedera,” jelasnya.

Katanya lagi, pasukan bomba turut tiba di lokasi dan pemeriksaan mendapati tiada sesiapa yang terperangkap di dalam kelas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan, Gan Ay Ling dilihat turut berada di kawasan tersebut bagi meninjau bencana yang berlaku.

Related Posts

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

SHAH ALAM – Ekonomi Selangor terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila berkembang kepada RM460.1 bilion pada 2025, sekali gus menyumbang 26.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Sabah seru Kerajaan Persekutuan kaji semula pelaksanaan subsidi diesel

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyeru Kerajaan Persekutuan mengkaji semula mekanisme pelaksanaan subsidi diesel di negeri ini bagi memastikan dasar itu mengambil kira keunikan geografi, struktur ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen

Sepanyol mudah atasi Austria 3-0, mara ke pusingan 16 terbaik

Sepanyol mudah atasi Austria 3-0, mara ke pusingan 16 terbaik

Akar umbi BN Senggarang kempen undi calon PH, Onn ucap terima kasih

Akar umbi BN Senggarang kempen undi calon PH, Onn ucap terima kasih

Jadikan suasana balik mengundi semeriah pulang berhari raya, ambil peluang jadikan detik satukan keluarga

Jadikan suasana balik mengundi semeriah pulang berhari raya, ambil peluang jadikan detik satukan keluarga

Onn Abu Bakar tawar 6 tekad buat penduduk DUN Senggarang

Onn Abu Bakar tawar 6 tekad buat penduduk DUN Senggarang

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti