Tidak benar Ismail Sabri, Khairy terlibat kes serangan anak – Rafizi

PUTRAJAYA – Dakwaan mengaitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin terbabit dalam kes serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, pada 13 Ogos lalu adalah tidak benar.

Rafizi menegaskan, tuduhan mengaitkan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kesihatan itu adalah cubaan jahat mengalihkan perhatian.

Menurutnya, persoalan mengenai siapa dalang di sebalik serangan dan penghantar mesej yang memintanya berdiam terhadap pendedahan skandal yang mahu dibongkarkan mula timbul.

“Saya telah mengesahkan bahawa seminggu sebelum serangan, memang saya ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang saya sedang teliti. Selepas kenyataan itu, saya lihat tiba-tiba ada tuduhan-tuduhan yang berlegar.

“Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara.

“Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan saudara Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan. Kedua-dua tuduhan ini tidak benar,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Selain itu, Rafizi menegaskan beliau sudah berhubung dengan Ismail Sabri dan menyokong keputusannya membuat laporan polis mengenai berita tidak benar itu.

“Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan.

“Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan siasatan berhubung serangan ke atas anak lelaki bekas Menteri Ekonomi itu diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Polis sudah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.

Terdahulu, Rafizi tidak menolak kemungkinan serangan dibuat terhadap anak lelakinya disebabkan pertemuannya bersama satu kumpulan pendedah maklumat atau ‘whistleblower’ berkait sebuah skandal.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, ia juga adalah cubaan untuk menutup mulutnya mengenai perkara berkenaan.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik