PDRM laksana siasatan wujud dalang sindiket Geng Budak Sekolah

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci kemungkinan wujud dalang di sebalik kegiatan jenayah seksual membabitkan kumpulan dikenali sebagai ‘Geng Budak Sekolah’.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis sedang memperhalusi setiap maklumat untuk memastikan sama ada terdapat pihak lain yang menjadi dalang dan mengawal kegiatan tersebut.

Menurut beliau, siasatan dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) memerlukan penelitian cermat kerana melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun.

“Polis sedang memperhalusi semua maklumat untuk menentukan sama ada terdapat pihak yang mengawal atau mendalangi kegiatan itu. Buat masa ini, kita belum dapat sahkan wujudnya dalang.

“Kes ini rumit, kita kena faham usianya, tahap pemikirannya, apa yang mendorong dia sanggup tinggalkan pelajaran kerana nampak itu sebagai lubuk untuk buat duit.

“Buat masa ini kita belum ‘establish’ lagi (tentang kewujudan dalang di sebaliknya),” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2025 dan Majlis Perhimpunan Bulanan KDN, pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa siasatan berhubung kes itu perlu ditangani dengan cermat memandangkan ia membabitkan pemikiran serta keputusan seorang kanak-kanak.

Saifuddin turut mengaitkan kes berkenaan dengan modus operandi sama seperti kes ‘swinger’ yang pernah dibongkar polis sebelum ini.

“Dalam kes ‘swinger’, modus operandinya hampir sama iaitu ada bayaran dikenakan sebelum menyertai. Bezanya, satu guna laman sesawang cari jodoh, satu lagi melalui WhatsApp. Kedua-duanya memerlukan proses pengintipan yang panjang,” katanya.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Saifuddin mendedahkan PDRM telah menumpaskan satu kumpulan Geng Budak Sekolah yang terlibat dalam jenayah seksual, termasuk membabitkan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Laman sesawang itu dikendalikan bersama empat rakan lain malah mereka mempunyai satu kumpulan WhatsApp yang terdiri 762 ahli.

Mereka dipercayai mengambil gambar bahagian tubuh masing-masing, kemudian dijual yang mampu meraih pendapatan melebihi ibu bapa mereka.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET