Air Kelantan hutang TNB RM61 juta

PUTRAJAYA – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berhutang kira-kira RM61 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi bil elektrik yang belum dijelaskan setakat 30 Jun tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, rekod menunjukkan terdapat 492,174 akaun utiliti itu di negeri berkenaan yang mempunyai tunggakan bil dengan jumlah keseluruhan hutang mencecah RM229 juta.

“Daripada jumlah ini, tunggakan tertinggi adalah daripada pengguna domestik sebanyak 411,780 akaun dengan jumlah tunggakan RM114 juta.

“Ini diikuti pengguna bukan domestik (komersial dan industri) sebanyak 80,196 akaun dengan jumlah tunggakan RM53 juta.

“Baki tunggakan pula adalah daripada AKSB sebanyak 198 akaun dengan jumlah tunggakan sebanyak RM61 juta,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Zahari Kechik (PN-Jeli) yang memintanya menyatakan jumlah akaun pengguna di Kelantan yang masih mempunyai tunggakan bil dengan TNB sejak tahun lalu hingga kini.

Mengulas lanjut, Fadilah berkata, jumlah tunggakan secara keseluruhan dilihat menurun berbanding 31 Disember tahun lalu.

Katanya, penurunan direkodkan itu berjumlah RM4.33 juta.

“Beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kepada masalah itu, termasuk kegagalan pemilik premis memindahkan akaun elektrik kepada penyewa menyebabkan peningkatan bil tertunggak bagi kategori domestik,” katanya.

Related Posts

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

PUTRAJAYA – Keperluan untuk kerajaan mengesyorkan pengilang pakaian sekolah menghasilkan jenama khas ‘Uniform Sekolah MADANI’ yang ditawarkan pada harga mampu milik bagi membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa setiap kali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

PUTRAJAYA – Myanmar bersetuju membawa pulang 5,000 pelariannya dari Malaysia menggunakan kapal, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan sejawatnya dari Myanmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peranan masjid perlu diperluas sebagai pusat pembangunan ummah

Peranan masjid perlu diperluas sebagai pusat pembangunan ummah

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak