Pangsapuri Pahangku untuk golongan belia beli rumah dilancar

KUANTAN – Pahang terus melakar sejarah dengan projek perintis Pangsapuri Pahangku di Bentong, membabitkan 1,000 unit sekali gus memberikan peluang kepada golongan muda membeli kediaman pada harga berpatutan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek itu memberikan harapan baharu kepada golongan terbabit yang sebelum ini sukar mendapatkan kediaman sendiri.

Katanya, projek membabitkan empat blok itu dibina berhampiran stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bentong dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas semua peraturan dipatuhi.

“Bentong menjadi perintis kerana menurut kajian dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara, 63 peratus adalah anak-anak muda.

“Seperti mana komitmen kerajaan, kawasan 16 kilometer (km) radius dari stesen akan dibangunkan kerana jajaran KTM yang paling panjang ialah di Pahang iaitu sepanjang 224 km.

“Terdapat tujuh stesen (ECRL) di Pahang dan selepas ini projek sama akan menyusul di stesen-stesen lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Cadangan Tapak Pangsapuriku Pahangku Daerah Bentong di Taman Awam Ujana, Bentong, hari ini.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), Datuk Ahmad Islanizam A Halim.

Wan Rosdy berkata, bagi lokasi projek seterusnya, beliau memberitahu, kajian akan dilaksanakan dan menegaskan harga ditawarkan berpatutan dan tidak membebankan pembeli.

Jelasnya lagi, Bentong menjadi perintis kerana kedudukannya yang strategik berhampiran Kuala Lumpur.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang