Kerajaan salur hampir RM5 bilion wang ehsan kepada Terengganu, Kelantan – PM

KERAJAAN Persekutuan telah menyalurkan hampir RM5 bilion dalam bentuk wang ehsan kepada negeri Terengganu dan Kelantan bagi tempoh antara tahun 2023 hingga 2025, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4 bilion telah diagihkan kepada Terengganu, manakala Kelantan menerima sebanyak RM967 juta. Dana berkenaan bertujuan melaksanakan pelbagai projek dan program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.

“Bantuan ini bagi memenuhi keperluan bayaran emolumen kerajaan Kelantan dan Terengganu, melaksanakan projek-projek pembasmian kemiskinan dan infrastruktur.

“Serta membantu menyelesaikan bayaran komitmen kedua Kerajaan Negeri,” katanya dalam jawapan bertulis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahmad Marzuk Shaary (PN–Pengkalan Chepa) yang meminta penjelasan berhubung status pembayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur.

Menurut Anwar, meskipun tiada petroleum yang ‘diperoleh dan didapati’ secara langsung dari Kelantan dan Terengganu, Kerajaan Persekutuan tetap komited dalam menyalurkan wang ehsan bagi membantu pelaksanaan program pembangunan.

“Terutamanya dalam usaha mengurangkan kemiskinan dan menambah baik infrastruktur asas,’ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar memaklumkan bahawa peruntukan pembangunan untuk negeri Terengganu pada tahun 2023 adalah sebanyak RM1.55 bilion, meskipun royalti petroleum hanya berjumlah RM786 juta pada tahun yang sama.

Perbelanjaan pembangunan tersebut meningkat kepada RM1.59 bilion pada tahun 2024.

Anwar turut menyatakan bahawa jumlah royalti petroleum kepada Terengganu meningkat semasa pentadbirannya berbanding semasa pentadbiran terdahulu yang diterajui oleh Pas dan Bersatu, dengan hanya RM399 juta direkodkan pada tahun 2022.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu