Kanak-kanak 2 tahun maut terjatuh dalam pembetung di Sibu

SIBU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun maut selepas terjatuh ke dalam sistem pembetungan di Jalan Pedada, di sini, petang Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Ehthin Ling ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 30 minit selepas operasi pencarian dilancarkan oleh pasukan penyelamat.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sibu, Andy Alie berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.29 petang, sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, bapa mangsa memaklumkan bahawa anaknya hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam pembetung.

“Pasukan penyelamat segera menjalankan operasi pencarian di sepanjang laluan saluran pembetung dan pada jam 6.55 petang, mangsa ditemukan timbul di dalam sistem tersebut,” katanya.

Mangsa berjaya dibawa naik kira-kira lima minit kemudian namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

Operasi menyelamat itu diketuai PBK II John Abas melibatkan seramai 10 anggota bomba menggunakan sebuah jentera FRT dan satu unit EMRS dengan kerjasama polis dan petugas KKM.

Jasad mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman