Thailand cadang rundingan isu sempadan dilaksana di Malaysia

BANGKOK – Kementerian Pertahanan Thailand mencadangkan mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) akan datang, diadakan di lokasi berkecuali dengan mengesyorkan Malaysia sebagai lokasi bagi mengadakan rundingan itu.

Jurucakap kementerian itu, Laksamana Muda Surasan Kongsiri berkata, cadangan berkenaan selaras amalan standard antarabangsa untuk tidak mengadakan mesyuarat antara pihak-pihak bertelagah, di wilayah mana-mana negara yang terbabit dalam konflik.

Beliau berkata, Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Natthapon Nakpanich, dijadualkan menghadiri mesyuarat GBC itu yang dicadangkan oleh Kemboja untuk diadakan pada 4 Ogos ini.

“Mesyuarat GBC memberi peluang untuk bersama-sama meneroka jalan ke hadapan dalam meredakan ketegangan serta menyelesaikan isu sempadan serta keselamatan.

“Ia mencerminkan komitmen bersama kita terhadap keamanan, kestabilan, saling menghormati dan semangat kejiranan yang baik,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Jumaat.

Bagaimanapun, Surasan menekankan bahawa memandangkan sifat sensitif situasi di kedua-dua negara, adalah lebih wajar untuk mengadakan mesyuarat itu di lokasi berkecuali seperti Malaysia.

“Walaupun diakui bahawa dalam keadaan biasa, mesyuarat dua hala diadakan secara bergilir – dan Thailand baru-baru ini menjadi tuan rumah – sesi akan datang ini bersifat luar biasa.

“Oleh itu, saya percaya adalah wajar untuk mengadakan mesyuarat ini di lokasi yang berkecuali,” katanya.

Surasan turut mencadangkan tempoh masa mencukupi diberikan untuk perbincangan komprehensif, sekali gus menyarankan mesyuarat itu diadakan dari 4 hingga 7 Ogos 2025.

Konflik di sempadan Thailand-Kemboja bermula dengan pertempuran singkat pada 28 Mei lalu dan memuncak menjadi pertempuran bersenjata pada 24 Julai.

Pada Isnin lalu, Thailand dan Kemboja bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat susulan mesyuarat khas dianjurkan di Putrajaya oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan