Pendirian Malaysia terhadap Palestin kekal – Fahmi

PUTRAJAYA — Malaysia kekal dengan pendirian bahawa Palestin mempunyai hak untuk wujud, dan pendirian ini tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, kenyataan rasmi berhubung isu tersebut akan dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri dalam masa terdekat.

“Di Malaysia mengenai Palestin tidak berubah (pendirian kerajaan), (bahawa) Palestin mempunyai hak untuk wujud dan kita tidak melihat kepada perkara-perkara lain,” katanya ketika sidang media mingguan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan pendirian Malaysia terhadap gesaan antarabangsa agar Hamas meletakkan senjata dan menyerahkan pentadbiran Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga merupakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, menjelaskan bahawa satu mesyuarat khas telah diadakan melibatkan penyelarasan antara Arab Saudi, Perancis dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Susulan itu, Menteri Luar Negeri telah diminta untuk mengeluarkan satu kenyataan bersama.

“Kita perlu masa meneliti antara yang diminta dalam dokumen tersebut termasuklah hal yang disebut tadi.

“Jadi kita beri sedikit masa kepada Wisma Putra untuk meneliti sepenuhnya dokumen yang dimaksudkan tapi Jemaah Menteri telah meminta Menteri Luar memberi kenyataan Menteri kepada Dewan Rakyat pada awal minggu depan. Kemungkinan hari Isnin ke hari Rabu,” jelasnya.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan bahawa beberapa negara Arab seperti Qatar, Arab Saudi dan Mesir turut menyertai gesaan agar Hamas meletakkan senjata dan menamatkan pentadbiran mereka di Gaza, sebagai langkah ke arah menamatkan konflik yang berterusan di wilayah Palestin itu.

Dalam perkembangan lain, Fahmi memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Ekonomi atas keterbukaan menerima pandangan pelbagai kementerian dalam penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman