Ekonomi jingga diiktiraf sebagai pemacu baharu pertumbuhan negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Sektor ekonomi jingga atau ekonomi kreatif dikenal pasti sebagai antara pemacu pertumbuhan ekonomi negara yang berpotensi besar pada masa hadapan.

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, sektor tersebut yang merangkumi industri kreatif seperti filem, muzik dan animasi telah pun dimasukkan dalam dokumen akhir Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), hasil sesi libat urus antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Ekonomi.

“Kementerian Ekonomi telah menerima dan menyambut baik cadangan itu, lalu memasukkannya dalam dokumen RMK13.

“Ini merupakan satu bentuk intervensi yang penting, dan proses libat urus tersebut telah meyakinkan pihak kementerian bahawa sektor ekonomi jingga ialah sektor yang sedang membangun serta berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Tambah beliau, Mesyuarat Jemaah Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Ekonomi atas pendekatan inklusif yang melibatkan semua kementerian dan menteri dalam penyediaan dokumen RMK13.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan bahawa manfaat khusus bagi sektor ekonomi jingga akan diperincikan dalam pembentangan Belanjawan MADANI 2026 yang dijadualkan pada Oktober ini.

“Kita akan melihat secara lebih mendalam apakah manfaat khusus yang akan diperoleh oleh sektor ekonomi jingga, khususnya industri kreatif, sewaktu pembentangan Belanjawan MADANI 2026 nanti,” ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan MyCreative Ventures, yang komited untuk membantu memastikan sektor perfileman, muzik dan animasi mendapat manfaat sepenuhnya sepanjang pelaksanaan RMK13.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat menegaskan komitmen kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi jingga melalui industri kreatif digital, yang dikenal pasti mempunyai potensi tinggi.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan Dana Padanan dan Dana Produksi Bersama akan diperkenalkan bagi menggalakkan pelaburan bersama antara kerajaan dan sektor swasta dalam menghasilkan kandungan bertaraf global.

Related Posts

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan menghadapi prosiding reman berasingan sebelum menghadapi pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen 2, pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat