Dasar baharu gas utamakan penjanaan elektrik di Sabah

KERAJAAN Persekutuan kini mengutamakan penggunaan gas di Sabah untuk penjanaan tenaga elektrik, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said semasa menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam sidang Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Dalam soalannya, Madius meminta penjelasan berhubung jumlah gas diperuntukkan kepada Sabah setiap tahun serta dasar semasa Petronas dalam pengagihan gas.

“Dasar sepatutnya mengutamakan keperluan domestik Sabah bagi penjanaan tenaga elektrik, diikuti industri petrokimia dan seterusnya LNG (gas asli cecair). 

“Namun, mengapa yang berlaku di Sabah seolah-olah sebaliknya?,” soalnya.

Menjawab persoalan itu, Azalina berkata, purata pengeluaran gas di Sabah antara 2021 hingga 2025 adalah sekitar 843 juta kaki padu standard sehari (MMscf/d), dengan 54 peratus digunakan untuk keperluan domestik termasuk penjanaan kuasa dan industri, manakala 46 peratus selebihnya diperuntukkan kepada LNG.

“Dasar Petronas dalam penggunaan gas di Sabah adalah selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri yang mengutamakan penggunaannya untuk keperluan domestik, khususnya tenaga elektrik, diikuti industri dan LNG,” jelas beliau dalam jawapan bertulis.

Sementara itu, semasa perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik 2025 pada Rabu, Madius merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas penyusunan semula dasar pengagihan gas di Sabah.

“Sebelum ini, keutamaan diberi kepada penghantaran gas ke Bintulu untuk LNG, dan hanya selepas itu barulah penjanaan elektrik di Sabah. 

“Saya ucapkan terima kasih kerana perkara ini akhirnya disusun semula,” katanya.

Beliau turut berkata bahawa isu pengagihan gas ini telah berulang kali dibangkitkan dalam sidang Parlimen demi memastikan hak rakyat Sabah terhadap sumber asli negeri tidak diketepikan.

“Dengan dasar baharu ini, keperluan tenaga Sabah, khususnya bekalan elektrik, kini diberi keutamaan sewajarnya. 

“Ini satu langkah ke hadapan yang amat dialu-alukan,” ujarnya.

Related Posts

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

PEMILIHAN Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dilihat bertepatan dengan keperluan memperkukuh kawalan pintu masuk negara, khususnya dalam membanteras kegiatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), CP Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain membuat laporan polis susulan penularan video yang memaparkan beliau ketika menjalankan operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Berang ditegur menceroboh laluan, lelaki belasah penunggang motosikal guna besi

Berang ditegur menceroboh laluan, lelaki belasah penunggang motosikal guna besi

Kos sara hidup, rumah pertama antara harapan rakyat menjelang Belanjawan 2027

Kos sara hidup, rumah pertama antara harapan rakyat menjelang Belanjawan 2027

Sukan, kebudayaan perkukuh perpaduan warga pendidik Sarawak

Sukan, kebudayaan perkukuh perpaduan warga pendidik Sarawak

Lelaki 30-an maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri

Lelaki 30-an maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara