Kos sara hidup, rumah pertama antara harapan rakyat menjelang Belanjawan 2027

Oleh: Haziq Azhar & Tengku Majid

KUCHING – Usaha meringankan kos sara hidup, memperluas peluang pendapatan, membantu pemilikan rumah pertama serta meningkatkan kemudahan asas di Sarawak merupakan antara harapan yang disuarakan rakyat menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.

Kementerian Kewangan (MoF) sebelum ini memaklumkan bahawa Belanjawan 2027 dirangka berasaskan 10 bidang tumpuan dengan kepentingan rakyat menjadi keutamaan, termasuk menangani tekanan kos sara hidup dan mengurangkan jurang pembangunan di Sabah, Sarawak serta kawasan desa dan pedalaman.

Seorang kerani, Zuliah Zainal, 34, berharap kerajaan memberi perhatian kepada bantuan bersasar, harga barangan keperluan serta usaha meningkatkan pendapatan rakyat.

“Saya berharap Belanjawan 2027 dapat meringankan beban kos sara hidup, khususnya golongan B40, melalui bantuan bersasar, kawalan harga barangan keperluan dan peningkatan peluang pendapatan.

“Selain itu, pembangunan infrastruktur, kemudahan asas dan peluang ekonomi di kawasan luar bandar Sarawak perlu terus dipertingkatkan agar kesejahteraan rakyat dapat dinikmati secara menyeluruh dan adil,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Indun Silong, 36, berharap Belanjawan 2027 memberi manfaat secara menyeluruh kepada golongan berpendapatan sederhana dan B40.

Beliau turut mahu aspek keselamatan, khususnya penguatkuasaan di sempadan negara diberi perhatian, selain skim bantuan yang dapat membantu rakyat terutama golongan muda untuk memiliki rumah pertama.

Menurutnya, kemampuan memiliki kediaman menjadi antara cabaran terbesar anak muda apabila sebahagian daripada mereka terpaksa terus menyewa kerana belum mampu membeli rumah sendiri.

Bagi suri rumah, Mastiah Yahod, 60, tekanan harga barangan keperluan harian menjadi antara perkara utama yang diharapkan dapat ditangani menerusi belanjawan kali ini.

“Saya berharap Belanjawan 2027 dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup, terutama bagi golongan B40. Harga barang keperluan harian semakin meningkat, jadi saya berharap bantuan yang diberikan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Selain itu, peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik juga perlu diperluaskan supaya rakyat dapat menjalani kehidupan yang lebih stabil,” jelasnya.

Berdasarkan Kenyataan Prabelanjawan 2027 MoF, isu kemampuan memiliki atau menyewa rumah, infrastruktur asas, pembangunan luar bandar, peluang pekerjaan serta perlindungan rakyat daripada tekanan kos sara hidup sememangnya diletakkan di dalam bidang tumpuan kementerian itu sebelum belanjawan dimuktamadkan.

Difahamkan, Belanjawan 2027 dijadualkan dibentang di Dewan Rakyat pada 9 Oktober depan.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan