Berang ditegur menceroboh laluan, lelaki belasah penunggang motosikal guna besi

KABONG – Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan polis selepas dipercayai memukul seorang penunggang motosikal menggunakan sebatang besi dalam kejadian di Jalan Roban-Kabong, Kampung Alit, pada 28 September lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal menuju ke Roban, sebelum sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang dipandu suspek dari arah bertentangan menceroboh laluan mangsa dan hampir melanggarnya.

“Suspek kemudian menghentikan keretanya sebelum mengambil sebatang besi dari dalam kenderaan dan memukul mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian lengan telah tampil membuat laporan di Balai Polis Kabong untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Mathew, siasatan awal mendapati suspek mengaku bertindak agresif menyerang mangsa menggunakan senjata itu berikutan berasa marah selepas ditegur kerana memandu masuk ke laluan mangsa.

Beliau menjelaskan, mangsa bernasib baik kerana sempat menahan serangan berkenaan menggunakan tangan kiri, biarpun tindakan itu menyebabkan kecederaan pada lengannya.

Dalam penahanan tersebut, polis turut merampas sebatang besi berukuran 37 sentimeter, sehelai baju-T berkolar hitam dan sehelai seluar jean biru sebagai bahan bukti.

“Suspek turut mengaku berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian, dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin,” jelasnya.

Tambahnya, semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah dan jenayah.

Ini termasuk empat kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta kesalahan di bawah Seksyen 379 (mencuri) dan 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata) dan kertas siasatan bagi kes ini disifatkan telah selesai.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun