Lelaki 30-an maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai terjatuh dari sebuah blok pangsapuri di Taman Bukit Segar, Batu 9 Cheras, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.46 petang.

Katanya, berikutan itu sepasukan pegawai bersama Unit Forensik digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dan disahkan meninggal dunia,” katanya, lapor Berita Harian.

Naazron berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an, dipercayai tinggal di sebuah unit di tingkat tujuh blok berkenaan.

Katanya, pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemukan sebarang kecederaan yang menunjukkan wujudnya unsur jenayah.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk proses bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta punca kejadian masih dalam siasatan,” jelasnya.

Orang ramai mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian, diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sub Inspektor Norfaizal Zakaria di talian 016-290 2901 bagi membantu siasatan.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan