Sukan, kebudayaan perkukuh perpaduan warga pendidik Sarawak

LIMBANG – Penganjuran Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Peringkat Negeri Sarawak disifatkan sebagai platform penting dalam membina kecergasan, kesejahteraan mental serta memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga pendidikan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, program berkenaan bukan sekadar medan pertandingan, sebaliknya turut memainkan peranan dalam mempererat hubungan, persahabatan dan perpaduan warga pendidikan dari seluruh negeri.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian sempena Pesta PSKPP Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke-44 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Suarah Limbang pada Khamis.

Menurut, sukan mampu menyatukan peserta daripada pelbagai daerah, kaum, agama dan latar belakang budaya menerusi matlamat serta semangat yang sama.

“Dalam konteks Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian masyarakat dan budaya, semangat ini amat penting,” katanya.

Awang Tengah berkata, warga pendidikan perlu terus menjadi contoh kepada masyarakat bahawa perbezaan bukan penghalang kepada kerjasama, malah kepelbagaian merupakan antara kekuatan utama Sarawak.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan elemen kebudayaan dalam penganjuran PSKPP kerana ia mampu membantu membentuk identiti dan jati diri, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Katanya, Sarawak memiliki khazanah budaya yang luas dan unik termasuk di Limbang, yang menyaksikan masyarakat daripada pelbagai komuniti hidup dalam suasana harmoni sambil mengekalkan adat, bahasa, kesenian serta tradisi masing-masing.

Justeru, beliau berharap elemen kebudayaan dalam PSKPP terus diperkasakan sebagai wadah untuk meningkatkan kefahaman terhadap budaya, menghormati kepelbagaian serta memperkukuh identiti Sarawak.

Awang Tengah turut berkata, pemilihan Limbang sebagai tuan rumah memberi peluang kepada peserta dari seluruh Sarawak mengenali keunikan budaya, sejarah serta keramahan masyarakat di bahagian utara negeri itu.

Menurutnya, penganjuran acara berskala negeri turut memberikan limpahan kepada ekonomi setempat khususnya dalam sektor penginapan, makanan, pengangkutan, peruncitan dan perkhidmatan.

Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa warga pendidikan memikul tanggungjawab besar bukan sahaja dalam menyampaikan ilmu, malah membentuk karakter, disiplin, nilai serta aspirasi generasi masa hadapan.

Katanya, perkembangan teknologi, digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah kaedah pembelajaran, pekerjaan dan komunikasi, namun nilai integriti, empati, disiplin, saling menghormati dan kemanusiaan perlu terus menjadi asas pendidikan.

Beliau turut menyeru semua peserta supaya bertanding dengan semangat kesukanan, menghormati rakan serta pihak lawan dan melihat kejohanan itu sebagai ruang membina persahabatan serta semangat kekitaan, bukan semata-mata mengejar kemenangan.

Related Posts

PKD Bera turun padang rawat, periksa gigi warga emas Sang Riang

BERA – Seramai 485 warga emas di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang (Sang Riang), dekat Triang, menerima pemeriksaan dan rawatan pergigian menerusi inisiatif turun padang dilaksanakan petugas kesihatan kerajaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hospital Sibu beri penghormatan kepada penderma organ pertama sejak 2019

SIBU – Hospital Sibu memberi penghormatan kepada seorang wanita yang telah meninggal dunia selepas beliau mendermakan buah pinggang dan kornea, sekali gus menjadi penderma organ pepejal pertama di hospital berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKD Bera turun padang rawat, periksa gigi warga emas Sang Riang

PKD Bera turun padang rawat, periksa gigi warga emas Sang Riang

Hospital Sibu beri penghormatan kepada penderma organ pertama sejak 2019

Hospital Sibu beri penghormatan kepada penderma organ pertama sejak 2019

Tiga kawasan Penampang dilanda banjir, 30 penduduk dipindahkan

Tiga kawasan Penampang dilanda banjir, 30 penduduk dipindahkan

Belanjawan 2027: Mahasiswa, universiti antara keutamaan – PM

Belanjawan 2027: Mahasiswa, universiti antara keutamaan – PM

Berang ditegur menceroboh laluan, lelaki belasah penunggang motosikal guna besi

Berang ditegur menceroboh laluan, lelaki belasah penunggang motosikal guna besi

Kos sara hidup, rumah pertama antara harapan rakyat menjelang Belanjawan 2027

Kos sara hidup, rumah pertama antara harapan rakyat menjelang Belanjawan 2027