Maritim Malaysia tahan nelayan Indonesia cuba ceroboh perairan Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang berjaya menahan sekumpulan nelayan warga Indonesia yang cuba menceroboh perairan negara di sini tanpa kebenaran yang sah, semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, terdahulu, pihaknya berjaya mengesan sebuah Vesel Nelayan Asing (VNA) dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan kira-kira 40 batu nautika ke barat laut Pulau Kendi kira-kira pukul 11.50 pagi.

Katanya, penguatkuasa Maritim yang bertugas kemudian segera menghampiri bot terbabit untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati, VNA terbabit tidak memiliki nombor pendaftaran yang sah dan dikendalikan oleh enam kru warga Indonesia termasuk seorang tekong yang berusia antara 19 hingga 52 tahun.

“Kesemua mereka juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah selain dipercayai memasuki perairan negara ini secara haram,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa pas atau permit sah, serta Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Related Posts

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dimuktamadkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tindakan selanjutnya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

PEKAN – Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan tiga pengguna jalan raya termasuk dua beranak, maut pada Jun lalu. Tertuduh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran