Lelaki rugi RM385,000 diperdaya ‘phone scam’ menyamar polis

MIRI – Seorang lelaki lingkungan usia 50-an kerugian RM385,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu pada 28 Julai lalu.

Menurutnya, mangsa yang bertugas sebagai penolong eksekutif di sebuah agensi kerajaan mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

“Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan merupakan individu dikehendaki pihak berkuasa. Dengan alasan menjalankan siasatan, suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya dan menyerahkannya kepada kononnya pihak polis.

“Mangsa hanya menyedari dirinya diperdaya selepas diminta membuat bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, akibat terpedaya dengan helah licik sindiket berkenaan, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM385,000.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun, serta sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada mana-mana individu tidak dikenali, terutamanya yang mendakwa mewakili pihak berkuasa.

“Sekiranya ragu-ragu, hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau buat semakan nombor telefon dan akaun bank melalui laman web semakmule.rmp.gov.my.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai modus operandi sindiket penipuan terkini melalui saluran rasmi media sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan