Ahli Parlimen PKR lantang bersuara tidak akan digantung

SEREMBAN – PKR tidak berhasrat menggantung keahlian sembilan ahli Parlimen parti itu yang lantang menyuarakan desakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu badan kehakiman.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan bahawa isu penggantungan itu tidak timbul memandangkan ahli Parlimen terbabit hanya menjalankan tanggungjawab mereka menyuarakan isu rakyat.

“Presiden parti sendiri menjelaskan bahawa perkara ini tidak menjadi isu. Apa yang berlaku hanyalah luahan rasa ahli di peringkat cabang yang sememangnya tidak boleh dinafikan.

“Saya kira apa yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada tugas selaku ahli Parlimen. Cuma teguran diberikan agar sebarang kenyataan penting seperti ini dibincangkan terlebih dahulu dalam parti,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Terdahulu, Fuziah menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi Parti dan Jelajah Presiden, di sini, yang dirasmikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar turut meluangkan masa kira-kira satu jam bertemu pimpinan Cabang, Angkatan Muda Cabang dan Wanita Cabang yang menang serta semua calon bertanding dalam Pemilihan Parti 2025 di Negeri Sembilan.

Sementara itu mengulas berhubung beberapa ahli Parlimen dalam kalangan parti itu yang dilihat ‘sedikit lantang’ menyuarakan pandangan, Fuziah berkata, perkara itu sudah sinonim dalam PKR yang memainkan peranan semak dan imbang.

“Ahli Parlimen dan pemimpin PKR memang begitu, jadi kita ambil dari sudut positif tentang perkara ini.

“Jika ada sebarang kelemahan kita cuba perbaiki bersama,” tambahnya.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mengumumkan keputusan untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang sekali gus mengundurkan diri daripada arena politik selepas hampir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini

MoF perjelas kekeliruan paparan BUDI95, kuota kekal 200 liter sebulan

MoF perjelas kekeliruan paparan BUDI95, kuota kekal 200 liter sebulan

Dana tambahan peluang perkasa pembangunan insaniah Sabah – Pengarah PKPP UMS

Dana tambahan peluang perkasa pembangunan insaniah Sabah – Pengarah PKPP UMS

Bayaran interim Sabah naik kepada RM1.5 bilion bukti komitmen Persekutuan laksana MA63

Bayaran interim Sabah naik kepada RM1.5 bilion bukti komitmen Persekutuan laksana MA63