Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa usahawan wanita muda kini diperluas di utara Sabah menerusi penganjuran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi yang akan berlangsung pada 23 Julai di Dewan Tun Mustapha, Kudat.

Ketua Pegawai Eksekutif Program Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul berkata, program ini telah membuka ruang latihan berstruktur dan pendedahan praktikal kepada wanita muda luar bandar bagi meningkatkan kesiapsiagaan mereka dalam menghadapi cabaran keusahawanan.

“Program ini bertujuan menyediakan platform jaringan, akses maklumat keusahawanan dan memupuk literasi digital sekali gus memperkukuh peranan wanita muda luar bandar dalam pembangunan ekonomi komuniti,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

IDS dan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas sebagai lokasi keenam.

Beliau turut berkata Kudat bukan sekadar lokasi persinggahan malah merupakan platform penting untuk melonjakkan potensi komuniti usahawan luar bandar.

“Kami percaya setiap kejayaan usahawan muda akan membawa sinergi pembangunan kepada masyarakat setempat.

“Komitmen kami tidak terhenti pada pembangunan individu semata-mata tetapi melangkaui kepada pembinaan kapasiti masyarakat akar umbi dengan memperkasa wanita muda di luar bandar.

“Kami yakin usaha ini membuka ruang ke arah pembangunan yang lebih inklusif, mampan dan memberi impak menyeluruh kepada Sabah,” jelasnya.

Tambah Ramzah, program tersebut menjadi pemangkin kepada komuniti usahawan wanita muda yang progresif melalui penyertaan aktif, sokongan tempatan dan kerjasama pelbagai pihak.

Ujarnya lagi, IDS dan SCC merancang akan memperluaskan ke daerah yang berpotensi selaras dengan matlamat pembangunan inklusif negeri.

Antara pengisian utama program antaranya, sesi perkongsian mengenai peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyokong pembangunan usahawan di peringkat akar umbi, bimbingan tentang bagaimana kraf tradisi dapat diangkat sebagai sumber ekonomi komuniti serta pendedahan kepada literasi digital dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam perniagaan luar bandar.

Turut diadakan perkongsian inspirasi kejayaan usahawan wanita tempatan serta penerangan berkenaan Skim Daya Upaya Peluang Usahanita (DAYANG) yang ditawarkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak