Himpunan turun Anwar gugat keyakinan pelabur, jejas ekonomi rakyat – MB Perak

BERUAS – Rakyat Perak dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan sentimen pembangkang yang mengajak orang ramai menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan, perhimpunan sedemikian bukan sahaja gagal memberi impak positif kepada pentadbiran negara, malah dikhuatiri boleh menggugat keyakinan pelabur serta memberi kesan buruk terhadap ekonomi rakyat.

“Perdana Menteri tidak boleh dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan. Proses demokrasi memerlukan pertukaran kepimpinan berlaku melalui pilihan raya, bukannya melalui tekanan di jalanan,” katanya.

Menurut beliau yang juga Pengerusi UMNO Perak, tindakan menganjurkan himpunan itu hanya akan mengundang kekacauan serta memberi beban kepada rakyat, khususnya penduduk luar bandar.

“Apa sebenarnya isu yang mahu diperjuangkan? Sekadar berhimpun, berpanas, menjerit dan akhirnya mencetuskan huru-hara. Bila pelabur lari, siapa yang rugi? Penganjur tidak rugi apa-apa, mereka sudah senang-lenang. Yang menderita adalah rakyat biasa,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beruas di Dewan Inderawati di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Azman Noh.

Sebelum ini, pihak penganjur dilaporkan menjangkakan kehadiran sehingga 50,000 peserta ke perhimpunan tersebut.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, turut menyeru orang ramai menyertai perhimpunan itu sebagai bantahan terhadap pentadbiran kerajaan semasa.

Bagaimanapun, Saarani menyifatkan tindakan tersebut tidak produktif dan sepatutnya pembangkang lebih fokus membantu kerajaan memperjelaskan pelbagai inisiatif yang sedang dijalankan untuk kesejahteraan rakyat.

“Saya pelik mereka tidak pula bercakap tentang peningkatan gaji penjawat awam, bantuan kerajaan kepada golongan miskin atau pemulihan nilai mata wang negara.

“Sepatutnya mereka turut menyampaikan maklumat-maklumat positif ini kerana kita semua maklum bahawa bukan semua kehendak boleh ditunaikan dalam sekelip mata,” katanya.

Mengulas lanjut, Saarani menyatakan bahawa jika Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sekalipun, Perikatan Nasional tetap tidak berupaya membentuk kerajaan memandangkan gabungan itu hanya memiliki 73 kerusi di Parlimen.

“Kalau Anwar turun, siapa yang akan menggantikannya? Tan Sri Abdul Hadi Awang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atau Hamzah Zainudin? Mereka juga tidak cukup majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

“Hakikatnya, yang hadir ke himpunan itu hanya mampu menjerit, tetapi tidak mampu mengubah apa-apa,” katanya lagi.

Related Posts

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

BEAUFORT – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) tampil dengan pendekatan baharu menerusi aktiviti berjalan kaki pada program Langkah Jiwa Merdeka bagi mendekati masyarakat dan menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

PUTRAJAYA – Kelemahan pengurusan Tabung Haji (TH) antara 2014 hingga 2017 menerusi pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mencetuskan persoalan besar mengenai sejauh mana amanah terhadap kepentingan masyarakat Melayu-Islam benar-benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan